Artis-Artis Malaysia Yang Meninggal Pada Ketika Usia Masih MUDA , Al-Fatihah Untuk Mereka Semua !!!
Ramai artis/celebrity yg meninggal di usia muda. Jom senaraikan nama2 mereka dan sertakan alfatihah untuk mereka…!@#
Acik Spin
Dua
minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md
Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14
Lebuhraya Kajang Seremban, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh
sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17
April 2010.
Din Beramboi

Pelawak
dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri)
meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demamDenggiberdarah,
di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian
Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis
iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.
Datuk Sosilawati Lawiya (Tokoh Korporat)
Sebelum
umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah
dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk
Sosilawati Lawiya, 47. Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat
rekod jenayah baru apabila kematiannya dipercayai telah dibunuh oleh 7
suspek. Lebih tragis, pembunuhan ini turut melibatkan kakitangan
Sosilawati yang setia berkhidmat untuknya. Hasil penyiasatan, polis
mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar
manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib,
Selangor.
Faizal Yusof
Al
Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah
disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit
jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur
kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.
Yanie Mentor

Yanie
Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit
ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan
nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah. Foto kredit :
mybloghub.my
ARTIS INDONESIA VALIA RAHMAN MENINGGAL DUNIA DI USIA 27

Pengacara
dan artis kelahiran Jakarta Indonesia Valia Rahma telah meninggal dunia
selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di
Bali baru baru ini Menurut sumber Lagi artis filem Hantu Jeruk Purut
menghembuskan nafas terakhir
Al
Fatihah… Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Kerana Barah. Ariff Johan
meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian
Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah
Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.
ARIFF JOHAN BEKAS SUAMI PENYANYI ATILIA MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER HATI





0 comments