loading...

Miliki Wajah Pan Asian Amelia Henderson Jadi Tumpuan Dalam Drama Jangan Benci Cintaku.

Selepas drama Nur lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli mencipta fenomena luar biasa pada bulan Ramadan lalu, kini penonton melekat depan televisyen bagi menyaksikan drama Jangan Benci Cintaku yang ditayangkan di slot Akasia TV3.
Drama bersiaran sebanyak 28 episod arahan Pali Yahya itu menjadi bualan hangat penonton apabila Husna lakonan Niena Baharun dikatakan cuba merampas Shahrizal Saharul Ridzwan yang juga merupakan suami kepada Rafeeqa Zahirah MacWilson.


Namun ketika penonton memberi fokus kepada watak utama dan jalan cerita yang penuh menyakitkan hati itu, terdapat seorang pelakon wanita yang turut menjayakan drama tersebut iaitu Amelia Henderson.

Share:

0 comments